Monday, 23 September 2013

~~~ Romantiknya Ya Rasulullah S.A.W~~~


Assalamualaikum.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang
suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang
dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK
RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang
mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri
baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara
mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu
suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling saya sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda
tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang
mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk
mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang
bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada
suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda
setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

>>>
Islam itu indah, segala yang terkandung dan termaktub dalam ketetapan ALLAH SWT adalah indah2 belaka. Tidak terkecuali bab poligami, ianya indah jika si suami merupakan insan yang memahami dan mendalami agama, kenal hukum-hakam dan selok-belok agama. Kena pula dengan isteri2 yang juga solehah. Memahami dan dan meredhaoi ketetapan ALLAH. berperibadi tinggi lagi disanjungi, pasti suami pun tenang dengan isteri2 solehahnya.rumahtangga harmonmis kerana saling fahaman dan saling bertolak ansur antara isteri2.Wujudnya ikatan yang kukuh, pasti tiada masalah perhubungan antara madu2 ini. Contohilah isteri2 Baginda Rasulullah SAW dan ketinggian peribadi lagi punya akhlak yang mulia.Ummul Mukminin..tiadalah penggantinya kini.

Buat sahabiah2 yang ana kasihi sekalian, terutama sekali para2 isteri, para2 ibu, mahupun yang bakal mendirikan masjid bersama insan yang dikasihi, direstui lagi diredhoi ALLAH. Redholah dengan ketetapan ALLAH yang satu ini. Ianya untuk kesejahteraan kita juga. Apabila suami ingin berpoligami (bagi suami yang beriman), tidaklah dia memutuskan terus kasih dan sayangnya terhadap kita.Bahkan si suami akan lebih mengasihi dan menyintai kita kerana sudi dan sanggup bermadu, akan dipandang mulia lagi suci oleh si suami atas kerelaan dan keredhoan kita terhadap keputusannya. Kerana, berkemungkinan besar, ada sebab2 lain yang menyebabkan dia hendak beristeri lagi, tidaklah semestinya kerana dia sudah jatuh cinta lagi. Mungkin hendak mengelakkan fitnah, atau hendak menjaga si fulanah binti fulan yang miskin itu atau lain2 sebab. Bagi golongan yang lemah iman, inilah faktyor utama yang mendorong mereka untuk berkahwin lagi, selian mungkin kehambaran yang wujud dalam rumahtangga yang telah terbina atau sengaja nak tambah 'koleksi isteri' atau nak tahu sama ada 'saham' mereka 'masih laku' atau tidak. Tak kena niatnya, cara pun tak betul, punah ranahlah rumahtangga, sekalipun si isteri begitu setia dan menta'hati si suami.

Do'akanlah yang baik2 terhadap si suami. Do'a isteri yang solehah terhadap suaminya..mudah termakbul.

Sebenarnya isu ini amatlah panjang untuk diperkatakan. insyaALLAH, lain masa kita bersambung. WabILLAHi Taufiq, walhidayah, Wassalamu'alaikum WarahmatULLAHi wabarakatuh

 

~~~~Rezeki Ada Di Mana-Mana~~~~

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. . Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.

Sunday, 22 September 2013

~~~ JANGAN~~~

~ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

~ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan....


~ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

~ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

~ JANGAN ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.

~ JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

~ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

~ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


 #Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah.

Rahsia Amalan Wanita Solehah

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.