Assalamualaikum.
Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang
suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang
dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK
RASULULLAH SAW bersama isterinya.
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang
mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.
Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri
baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara
mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu
kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan
supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu
suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.
Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling saya sayangi ialah yang
kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda
tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang
mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk
mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang
bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa
akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada
suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda
setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri
solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
>>>
Islam itu indah, segala yang terkandung dan termaktub dalam ketetapan ALLAH
SWT adalah indah2 belaka. Tidak terkecuali bab poligami, ianya indah jika si
suami merupakan insan yang memahami dan mendalami agama, kenal hukum-hakam
dan selok-belok agama. Kena pula dengan isteri2 yang juga solehah. Memahami
dan dan meredhaoi ketetapan ALLAH. berperibadi tinggi lagi disanjungi, pasti
suami pun tenang dengan isteri2 solehahnya.rumahtangga harmonmis kerana
saling fahaman dan saling bertolak ansur antara isteri2.Wujudnya ikatan yang
kukuh, pasti tiada masalah perhubungan antara madu2 ini. Contohilah isteri2
Baginda Rasulullah SAW dan ketinggian peribadi lagi punya akhlak yang
mulia.Ummul Mukminin..tiadalah penggantinya kini.
Buat sahabiah2 yang ana kasihi sekalian, terutama sekali para2 isteri, para2
ibu, mahupun yang bakal mendirikan masjid bersama insan yang dikasihi,
direstui lagi diredhoi ALLAH. Redholah dengan ketetapan ALLAH yang satu ini.
Ianya untuk kesejahteraan kita juga. Apabila suami ingin berpoligami (bagi
suami yang beriman), tidaklah dia memutuskan terus kasih dan sayangnya
terhadap kita.Bahkan si suami akan lebih mengasihi dan menyintai kita kerana
sudi dan sanggup bermadu, akan dipandang mulia lagi suci oleh si suami atas
kerelaan dan keredhoan kita terhadap keputusannya. Kerana, berkemungkinan
besar, ada sebab2 lain yang menyebabkan dia hendak beristeri lagi, tidaklah
semestinya kerana dia sudah jatuh cinta lagi. Mungkin hendak mengelakkan
fitnah, atau hendak menjaga si fulanah binti fulan yang miskin itu atau lain2
sebab. Bagi golongan yang lemah iman, inilah faktyor utama yang mendorong
mereka untuk berkahwin lagi, selian mungkin kehambaran yang wujud dalam
rumahtangga yang telah terbina atau sengaja nak tambah 'koleksi isteri' atau
nak tahu sama ada 'saham' mereka 'masih laku' atau tidak. Tak kena niatnya,
cara pun tak betul, punah ranahlah rumahtangga, sekalipun si isteri begitu
setia dan menta'hati si suami.
Do'akanlah yang baik2 terhadap si suami. Do'a isteri yang solehah terhadap
suaminya..mudah termakbul.
Sebenarnya isu ini amatlah panjang untuk diperkatakan. insyaALLAH, lain masa
kita bersambung. WabILLAHi Taufiq, walhidayah, Wassalamu'alaikum
WarahmatULLAHi wabarakatuh
|
No comments:
Post a Comment